TERMA & SYARAT-SYARAT

Pengenalan

Selamat datang ke laman web Kumpulan Syarikat Runnymede (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “kami”).
    • Semua hak cipta, tanda dagangan, dan semua hak milik intelektual terletak dengan kami. Anda tidak mendapat apa-apa hak di dalam laman web kecuali hak terhad untuk menggunakan laman web ini tertakluk dengan terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Anda dibenarkan untuk mencetak atau memuat turun maklumat dan kandungan dari laman web ini untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda. Anda tidak boleh membuat tawaran untuk menjual, atau menjual atau mengedarkan melalui apa-apa perantara, mana-mana bahagian laman web ini atau kandungannya. Anda tidak boleh membuat apa-apa bahagian laman web ini yang sedia ada sebagai sebahagian daripada laman web lain, samada melalui hyperlink framing di internet atau selainnya kecuali mana anda telah pun di beri kebenaran bertulis dari kami.
 
    • Kami merizabkan hak kami pada setiap ketika dan tanpa notis, menambah, mengubah, menukar, atau menggantung atau memberhentikan secara tetap mana-mana bahagian laman web ini dan menyekat atau menghalang akses kepadanya.
 
    • Kami tidak menjamin dalam apa cara sekalipun, samada secara tersurat atau tersirat, ketepatan, keutuhan dan kelengkapan maklumat dan kandungan laman web ini. Kami atau mana mana syarikat berkait atau pengarah syarikat tersebut dan pekerjanya tidak, dalam apa ketika sekalipun, menangung apa-apa liability berkenaan dengan pengunaan laman web ini oleh anda dan/atau maklumat yang terkandung dalam laman web ini. Remidi sulung anda adalah untuk memberhentikan pengunaan laman web ini.
 
    • Laman web ini dan isi kandungannya tidak dalam apa cara sekalipun merupakan tawaran atau jemputan berkenaan dengan saham dan jaminan kami atau mana-mana syarikat lain.
 
    • Jikalau anda klik di atas pautan ke laman web pihak ketiga, kami tidak boleh bertanggungjawab untuk apa-apa kegunaan maklumat peribadi anda oleh pihak ketiga, dan kami tidak boleh menjamin bahawa mereka akan turut akur dengan aturan keselamatan dan kerahsian yang sama dengan kami. Kami menggalakan anda untuk menyemak polisi kerahsiaan apa-apa pemberi khidmat yang mana anda memohon untuk diberi perkhidmatan. Jikalau anda melawat laman web pihak ketiga yang dipaut dengan laman web kami, anda patut menyemak polisi kerahsiaan laman web tersebut sebelum memberikan maklumat peribadi anda.
 
    • Kami merizabkan hak untuk membuat perubahan kepada polisi ini dibawah budi bicara kami tanpa memberi notis terdahulu.
 
  • Terma dan syarat-syarat dan kandungan laman web ini berada dibawah bidangkuasa undang-undang Malaysia dan Mahkamah Malaysia mempunyai bidangkuasa eksklusif dalam apa-apa pertikaian..

NOTIS DATA PERIBADI UNTUK HARTANAH

Data Peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada Data Peribadi yang di terima daripada Borang Pendaftaran / Borang Jualan / Borang Kaji Selidik / Borang Sub-sale yang anda telah berikan kepada kami, Agen Pemasaran dan Jualan dan/atau dari laman web pemberian khidmat pengiklanan hartanah kami, penglibatan anda dalam peraduan, dan/atau apa-apa penambahan maklumat yang diberikan kepada kami, Runnymede dan anak syarikatnya, dan/atau ahli di dalam Kumpulan Syarikat Runnymede (secara kolektif dirujuk sebagai “kami” dalam Notis Data Peribadi ini) dari anda berkenaan dengan data peribadi anda (“Data Peribadi”)

Kami juga ingin memaklumkan bahawa Data Peribadi anda boleh diberi kepada pihak boleh di beri kepada pihak ketiga, seperti ahli usahasama, pemilik tanah, Badan Pengurusan Besama, Pihak Berkuasa, Bank, Pemberi Utiliti dan Kemudahan Awam, jualan dan/atau sub-sale dan/atau peguam refinance, kontraktor, dan/atau pemberi khidmat dan mana-mana pihak ketiga lain yang dirujuk dalam Polisi Pelindungan Data Peribadi kami, yang berada di dalam atau di luar negara, untuk tujuan berkaitan dengan Tujuan.

Anda boleh memohon untuk mendapat akses kepada atau untuk membetulkan Data Peribadi atau menghadkan penggunaan Data Peribadi pada bila-bila masa dari ini dengan membuat satu permohonan bertulis yang di alamatkan kepada Pegawai Data Peribadi mengikut kawasan kami seperti yang berikut:-

Kuala Lumpur
Suite 12-3. 12th Floor
Wisma UOA II , 21 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel +603-2164 4800
Fax +603-2164 9723

Penang
554, Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor, Pulau Pinang
Tel +604-659 8899
Fax +604-657 8811

Perth
Ranelagh Crescent
PO BOX 845
South Perth, WA 6951

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK PELANGGAN/BAKAL PELANGGAN

Kami hargai Data Peribadi pelanggan kami dan bakal pelanggan kami. Polisi Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan kami, sejajar dengan Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) yang dikini berkuatkuasa.

    1. Pengumpulan dan Sumber
Dalam berurusan dengan kami, Runnymede dan anak syarikat, associates, affiliates dan/atau ahli dalam Kumpulan Syarikat Runnymede (secara kolektif dirujuk sebagai “kami” dalam Polisi Perlindungan Data Peribadi ini), kami akan memohon daripada anda untuk membekalkan kepada kami Data Peribadi anda (“Data Peribadi”) untuk membolehkan kami memasuki transaksi dengan anda atau untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan perkhidmatan dan/atau produk berkenaan dengan perniagaan kam. Ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
      • Perjanjian untuk jual beli atau sub-sale bagi hartanah atau perkhidmatan kami;
      • Borang kami sama ada dalam semua format;
 
    • Apa-apa surat menyurat yang kami terima daripada anda memohon untuk maklumat atau membuat apa-apa pertanyaan; dan/atau kad nama atau maklumat lain yang diberikan kepada kami atau yang ditinggalkan di premis kami atau diberi kepada pekerja kami atau pemasaran dan jualan atau agen lain.


  • Data Peribadi meliputi tetapi tidak terhad kepada maklumat berkenaan dengan nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat, e-mel, jantina, tarikh lahir, taraf berkahwinan, pekerjaan, julat pendapatan, maklumat untuk menghubungi anda seperti nombor telefonm nombor telefon bimbit, nombor fax, bangsa, kewarganegaraan, jenis pinjaman yang dipohon berkenaan dengan pembelian hartanah, dan maklumat pihak ketiga seperti orang yang dihubungi ketika kecemasan, penyewa, wakil yang diberikuasa, kontraktor, peguam, dan pembiaya, yang mugkin juga tertakluk kepada Pelindungan Data dan undang-undang lain.

      1. Tujuan Pemprosesan
    Kami memproses Data Peribadi anda untuk, antaranya, tujuan berikut (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan tersebut”):-
        • Penyampaian kepada anda notis, maklumat berkenaan dengan perkhidmatan atau produk semasa dan akan datang kami, dan pemasaran produk dan perkhidmatan dan juga pelancaran produk, acara, acara pemasaran dan peraduan;
        • Penyediaan dan pelaksanaan semua dokumen dan perjanjian dengan anda yang berkenaan dengan transaksi jual beli, dan melaksanakan tanggungjawab dibawah perjanjian, untuk produk, perkhidmatan kami, dan/atau hartanah yang perlu untuk tujuan menjalankan perniagaan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan pentadbiran penjualan dan pengurusan hartanah dan juga transaksi sub-sale, refinancing dan penjualan melalui lelongan.
        • Pengumpulan bayaran tertunggak
        • Tujuan yang dinyatakan dalam mana-mana perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh kami atau rakan perniagaan kami.
        • Untuk mentadbir dan menjalankan prosidur tadbir hubungan pelanggan dan bakal pelanggan kami.
        • Menyelenggara rekod pelanggan dan bakal pelanggan kami dan penyimpanan rekod dalaman kami
        • Menjalankan aktiviti pemasaran, profil pelanggan dan pembangunan perniagaan dan juga penyelidikan pasaran dan analisis statistik dan kaji selidik pelanggan berkenaan dengan projek, produk dan/atau perkhidmatan;
        • Pematuhan dengan apa-apa keperluan perundangan atau pengaturan dan untuk membuat pendedahan yang perlu di bawah syarat mana-mana undang-undang, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan/atau kanun yang berkait dengan kami dan untuk pembendungan jenayah
        • Milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah/estet, penjagaan pelanggan, dan/atau kerja membaik pulih defek; dan/atau Perkhidmatan selepas penyerahan milikan kosong, seperti perkhidmatan rumah kelab dan keselamatan.

    Untuk senarai anak syarikat Runnymede, associates, affiliates dan atau ahli dalam Kumpulan Syarikat Runnymede yang memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan tersebut, sila layari laman web kami di www.runnymede.com.

      1. Pendedahan
    Secara amnya, kami akan menyimpan Data Peribadi yang diberikan kepada kami secara sulit. Namun, anda membenarkan kepada pendedahan Data Peribadi seperti yang berikut kepada pihak ketiga yang berikut yang boleh berada di dalam atau di luar Malaysia untuk tujuan berkenaan dengan Tujuan tersebut:
        • Mana-mana pihak yang kami mempunyai keperluan undang-undang untuk mendedahkan Data Peribadi di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan atau kepada Pihak Berkuasa termasuk, agensi kerajaan, badan berkanun, Majlis Pembandaran dan/atau peranti industri termasuk tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, pendaftar tanah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga mana-mana pihak ketiga sejajar dengan mana-mana perintah Mahkamah;
        • Penyedia kemudahan awam, termasuk tetapi tidak terhad kepada Indah Water Konsortium, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Tenaga Nasional Berhad;
        • Kontraktor atau pemberi perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, perunding, akauntan, peguam, penasihat keewangan dan profesional, peminjam, syarikat insuran dan syarikat pentadbir hartanah;
        • Anak syarikat, associates, affiliates dan/atau ahli di dalam Kumpulan Syarikat Runnymede;
        • Rakan usahasama dan perniagaan kami; dan/atau
        • Pemilik hartanah yang relevan, Badan Pengurusan Bersama dan/atau korperasi pengurusan.
     
      1. Pelindungan Data Peribadi
      Data Peribadi anda adalah penting bagi kami. Kami komited untuk menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dalam cara yang selamat. Kami akan melaksanakan pemeliharaan pentadbiran dan keselamatan yang sewajarnya, prosidur dan polisi yang praktikal dan sejajar dengan undang-undang yang berkaitan, untuk mengelakkan apa-apa pemproses Data Peribadi tanpa izin dan haram dan mengelakkan kehilangan, kemusnahan atau kerosakkan kepada Data Peribadi pada setiap masa.
      1. Kesan Keengganan atau Kegagalan untuk Membekalkan
    Keengganan atau Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi mungkin menyebabkan yang berikut:-
        • Pihak-pihak tidak mampu untuk memformalkan dan/atau melaksanakan perjanjian atau transaksi yang relevan berkenaan dengan penjualan hartanah, produk dan/atau perkhidmatan kami;
        • Kami tidak mampu untuk membekalkan kepada anda maklumat, produk dan atau perkhidmatan yang dipohon; dan/atau
        • Kami tidak mampu untuk membekalkan kepada anda maklumat berkenaan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan mendapat maklum balas anda berkenaan degan produk dan/atau perkhidmatan kami.
     
      1. Akses dan Pembetulan
    Anda berhak untuk:-
        • memeriksa sama ada kami mempunyai atau menggunakan data Peribadi dan memohon akses kepadanya;
        • Memohon kami membetulkan mana-mana Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau pun luput;
        • Memaklumkan kepada kami bantahan anda untuk pengunaan Data Peribadi untuk tujuan pemasaran.
        • Menarik balik, secara seluruh atau sebahagian, daripada kebenaran anda, tertakluk kepada apa-apa had undang-undang, terma kontraktual, dan tempoh masa yang wajar.
    Anda boleh memohon akses kepada atau pembetulan Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan memberikan permohonan bertulis yang dialamatkan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kawasan kami seperti yang berikut:-

    Kuala Lumpur
    Suite 12-3. 12th Floor
    Wisma UOA II , 21 Jalan Pinang
    50450 Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel +603-2164 4800
    Fax +603-2164 9723

    Penang

    554, Jalan Sultan Azlan Shah
    11700 Gelugor, Pulau Pinang
    Tel +604-659 8899
    Fax +604-657 8811

    Perth

    Ranelagh Crescent
    PO BOX 845
    South Perth, WA 6951

      1. Kebenaran Pihak Ketiga
    Jikalau anda memberikan Data Peribadi pihak ketiga (contohnya orang yang dihubungi ketika kecemasan, penyewa, wakil yang diberikuasa, kontraktor, peguam, pembiaya) kepada kami, kami bergantung kepada anda untuk telah mendapatkan kebenaran pihak ketiga tersebut terdahulu untuk membenarkan kami memproses Data Peribadi mereka untuk Tujuan tersebut.

      1. Pindaan kepada Polisi Perlindungan Data Peribadi Kami.
    Kami berhak pada bila-bila masa, sama ada perlu atau dikehendaki untuk meminda Polisi Perlindungan Data Peribadi kami untuk patuh atau konsisten dengan pindaan dengan undang-undang yang berkaitan dan aturan dan juga operasi atau polisi perniagaan kami. Oleh yang demikian, anda boleh untuk memeriksa apa-apa perubahan kepada Polisi Data peribadi kami di laman web ini atau dari masa ke semasa.